WELCOME TO THE GAME OF SPM
 
 
     
 
8 Mac, 1993
UTUSAN MALAYSIA
Kuiz Sahibba di TV1
 

ORANG ramai kini berpeluarig menyertai sebuah rancanglan baru berbentuk kuiz dan menguji kepantasan meneka silang kata dikenali sebagai 'Sahibba'.

Kuiz itu diterbitkan oleh 59 Communications dan akan dibuat sebanyak 13 siri dengan masa siaran setengah jam. la akan dirakamkan di studio Les Dimension, Brickfields, Kuala Lumpur, untuk siaran RTM pada penghujung April depan. Konsep kuiz itu hampir menyerupai format rancangan kuiz Million Dollar Chance Of Lifetime dan Lingo yang sedang disiarkan oleh RTM.

Menurut Pengurus Besarnya, Azman Abdullah, objektif kuiz ini diadakan ialah untuk mengajar penggunaan bahasa Melayu kepada penonton dalam cara yang menghiburkan selain daripada menguji kepantasan berfikir para peserta. Katanya, dengan adanya kuiz ini, para penonton juga khususnya bukan Melayu akan berpeluang mempelajari lebih daripada 30 patah perkataan bahasa Melayu setiap minggu.

 

"Rancangan ini akan cuba menonjolkan penguasaan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Selain itu, rancangan ini diadakan untuk mengimbangi rancangan kuiz dan permainan Barat yang kini banyak disiarkan di TV," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di Subang Jaya, Selangor Jumaat lalu.

Katanya lagi, permainan ini akan terbahagi kepada tiga pusingan dan disertai oleh tiga kumpulan. Setiap kumpulan diwakili oleh dua orang peserta, "Satu daripada kumpulan itu hendaklah disertai oleh orang awam, manakala dua buah kumpulan lagi diperuntukkan sama ada kepada wakil-wakil persatuan, pertubuhan, badan-badan korporat ataupun institusi pengajian tinggi," ujarnya.

Oleh itu, katanya lagi, pihaknya menggalakkan penyertaan golongan profesional seperti profesor, pendidik, doktor, pegawai bank dan korporat serta pelajar-pelajar pusat

pengajian tinggi. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 

Beliau seterusnya berkata, setiap peserta dibenarkan membawa buku atau kamus rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mendapatkan jawapan tepat berpandukan kepada soalan yang dikemukakan. Para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang akan ditentukan oleh penaja. Maklumat lanjut rancangan dan penyertaan boleh menghubungi 03-7345959 sambungan 241/228 atau menulis poskad kepada 59 Communications Sdn. Bhd., 32, Jalan SS 19/ID Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 
 
 
 
  Copyright © 2008 SPM Syarikat Permainan (Malaysia) Sdn Bhd. All Rights Reserved.  |  Privacy Policy, Refund Policy & Delivery Charges  |  Terms & Conditions  |