CYBERJAYA - Satu la rekod terbaru The Malaysia Book of Rekods (MBOR) tercipta semalam.
Kali ini ialah dalam permainan saidina yang Berjaya dimainkan tanpa henti selama 50 jam.
Permainan saidina secara marathon itu bermula 10.15 Jumaat lalu dan berakhir pukul 12.15 tengah malam kelmarin.
Seramain 300 pemain terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Multimedia (MMU) pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolan berhampiran mengambil bahagian dalam penciptaan rekod tersebut.
Permainan tersebut berlangsung di atas papan permainan Saidina Deluxe iaitu permainan Saidina keluaran terbaru Syarikat Permainan (Malaysia) Sdn. Bhd. berukuran enam meter panjang dan enam meter lebar.
Penciptaan rekod itu dilakukan sempena Pesta Konvokesyen MMU 2006 dan turut disaksikan Canselor MMU, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.